-->

My Visitors

free counters

Sunday, February 13, 2011

SELANGOR House Price .... Ape sude jadi ?

Hari nie ada jemputan khas dari kawan sebilik air-cond den. Kawan den namanyer FAIZAL . Kitaorang panggil die BEN . Aku pon tak tau macam mane name die tiba2 tukau nama oang puteh. Dah orang panggil BEN , den pon panggil jer ar .... Tapi die nie tetap orang melayu sebab isteri die orang melayu gak kakakakakaka .

Umah member den nie, dekat KINRARA MAS CONDOMINIUM. Kalu gi kat kondo mana2 mesti Pak Guard die BANGLA kakakakaka. Pandai lak BANGLA nie cakap orang puteh. AKu cakap dengan die melayu, die balas bahasa orang puteh. Last2 ngan aku ikut cakap orang puteh kakakaka. BANGLA2 ... HIGH CLAS JUGA BANGLA LEPAK KL NIE YER . Maybe terpakse kot takkan nak cakap bangla kat Malaysia huhuhuhu...

Disebabkan hari nie den takde apa2 aktiviti , so plan nak tinjau2 umah member den nie. Gambau rumah die kat bawah nie. Mai kite tengok;

Nie gambau pintu masuk kondo nie

Kinrara Mas Kondominium

Actually, umah member den nie ikhlas den kate takdelah besau sangat cume ada satu keistemewaan kalu dok kondo;-

1) Safety - 24 hours security control
2) Covered Car Parking- Ada petak parking untuk kete
3) Clean and tidy - Daily maintenance

Kalu masuk kat area kondo susah sangat nak cari sampah merata2. Tapi yang paling best sekali. Night View and Night Wind peh gua cakap lu gerenti memang lawa dan nyaman di waktu senja. Tapi kebanyakkan orang kat KL nie dok umah kondo sebab harga umah skang memang2 mahal tahap gaban nyer.

Sebagai contoh;

Jika Harga Rumah untuk Tahun

1)2009
Harga Rumah Teres Di Selangor Sekitar = RM 260 000
Harga Rumah Bertingkat Di Selangor Sekitar = RM 140 000
Harga Rumah Berkembar Di Selangor Sekitar = RM 620 000

2) 2010
Harga Rumah Teres Di Selangor Sekitar = RM 290 000
Harga Rumah Bertingkat Di Selangor Sekitar = RM 150 000
Harga Rumah Berkembar Selangor Sekitar = RM 616 000

Ringkasan:
a) Peningkatan Harga Rumah Mengikut Jenis:
- Rumah Teres = Pertambahan 11 %
- Rumah Bertingkat =Pertambahan 7%
- Rumah Berkembar = Penurunan ~1%
b) Harga Rumah bagi bawah RM 600 000 akan sentiasa meningkat saban tahun
c) Peningkatan peratus bergantung pada permintaan dan sentiasa berubah2

Jika anda bercadang membeli rumah teres pada hujung tahun 2011;

Harga rumah dengan mengambil peratusan peningkatan yang sama = RM 320 000
Jika anda mampu menyimpan RM 1000 setiap bulan , maka anda memerlukan 32 bulan @ ~ 3 tahun untuk mendapatkan 10 % untuk bayaran pendahuluan bagi pekerja bukan kerajaan. Tapi malangnyer, pada mase tersebut harga rumah terus meningkat jika anda memulakan simpanan pada awal tahun 2011. Ini tidak termasuk lagi bayaran yang perlu anda bayar setiap bulan. Boleh lah try kat sini (Maybank Home Loan Calculator)

Jadi, sebagai jalan penyelesaian jika anda masih berminat untuk meneruskan hajat membeli rumah tersebut;

Anda perlu;

Jika anda bekerja ;
a) Merancang dengan bakal isteri anda untuk sama menyimpan untuk wang pendahuluan dan bayaran bulanan
b) Merancang pelaburan yang menguntungkan
c) Mendapatkan pendapatan sampingan

Diantara ketiga options diatas, pelaburan merupakan jalan selamat dan pintas bagi mendapat sumber kewangan kedua

Jika anda masih belajar ;
a) Menyimpan wang biasiswa atau wang pinjaman sebanyak mana yang mungkin
b) Wang simpanan tersebut dilaburkan di pelaburan yang selamat
c) Cuba mendapatkan side-income yang lain.

Kalu tuan2 nak tahu lebih lanjut, bolehlah refer pada link ini untuk mengetahui statistik harga rumah. Saya tidak berani memberi sebarang konklusi cuma bolehlah saudara, saudari fikirkan.

Moral Value : Harga rumah kat Selangor mahal2 skang. Lepas nie ramai2 beli belon udara dok atas langit. Takyah kene cukai pintu kakakakaka ................

0 comments:

Post a Comment